Editorial| Cost of Living, Others

Kalkulator Bantuan Sara Hidup (BSH)

Sejauh manakah bantuan sara hidup dapat membantu perbelanjaan mingguan anda?

By Aziff Azuddin | 13 December 2019


  • Initiatif Bantuan Sara Hidup merupakan pemberian bantuan kewangan kepada golongan yang pendapatan bulanan isi rumah mereka kurang dari RM 4,000. Amaun bantuan yang diberikan bergantung kepada pendapatan bulanan isi rumah serta jumlah tanggungan. Bantuan asas setahun adalah dalam linkungan RM500 hingga ke RM1,000, dengan tambahan RM120 untuk setiap tanggungan (terhad kepada empat orang anak).
  • BSH merupakan kesinambungan kepada program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Sehingga Ogos 2019, sebanyak 3.6 juta rakyat Malaysia telah menerima wang bantuan BSH.
  • Antara lain tujuan BSH ialah untuk membantu golongan berpendapatan rendah meringankan beban kos sara hidup melalui bantuan kewangan yang diagihkan tiga kali setahun mengikut fasa. Tapi sebanyak manakah jumlah bantuan ini boleh meringankan beban perbelanjaan mingguan anda?
  • Kami di The Centre memberi peluang anda membuat simulasi perbelanjaan runcit dengan wang yang diperolehi melalui BSH dengan kalkulator kami. (Andaian kami ialah wang BSH dipuratakan sebagai perbelanjaan mingguan, dan ia merupakan tambahan kepada wang perbelanjaan sedia ada). Anda boleh cuba di bawah untuk melihat barangan apa yang anda boleh beli dengan wang BSH.