About
EN | BM

Pengenalan

The Centre adalah sebuah badan penyelidikan yang berteraskan kepada pemikiran sentrisme (centrist) di Malaysia. Ahli pasukan The Centre terdiri daripada pelbagai latar belakang tetapi semuanya berpegang kepada nilai-nilai non-partisan, pragmatisme dan keprihatinan.

Kami berhasrat untuk menghasilkan penyelidikan dan pandangan dalam bentuk yang mudah difahami bagi manfaat semua. Untuk itu, kami menyasar lebih 50 peratus daripada karya penulisan The Centre diterbitkan dalam bahasa Malaysia.

 

Apakah sentrisme dalam konteks Malaysia?

Dalam konteks ekonomi Malaysia, bagi kami sentrisme menitikberatkan keseimbangan antara pasaran bebas dan intervensi kerajaan dalam memenuhi matlamat umum seperti peluang pekerjaan, pendapatan wajar, perumahan mampu milik dan kelestarian alam sekitar.

Dalam konteks sosial pula, kami berpendapat bahawa sentrisme menghormati kebebasan individu tanpa mengabaikan tanggungjawab untuk memelihara keharmonian negara yang berbilang masyarakat. Menyedari sejarah dan demografi Malaysia yang unik, sentrisme ingin mencari titik tengah di antara pelbagai harapan masyarakat berbilang kaum dengan realiti dalam mengekalkan kestabilan negara ini.

 

Kenapa sentrisme?

Kami percaya bahawa negara ini terbina dengan nilai sentrisme.

Malaysia kini menyaksikan sistem demokrasi yang semakin matang apabila masyarakat semakin berminat untuk terlibat dalam isu-isu dasar awam dan menilai kebertanggungjawaban para pemimpin yang dipilih.

Dalam meraikan pembaharuan ini, kami menawarkan ideologi sentrisme agar segala permasalahan dan penyelesaian dibincangkan secara rasional, pragmatik dan sensitif terhadap realiti di Malaysia.

Pasukan Kami

Ahli Teras

Khairy Jamaluddin

Pengasas Bersama

Khairy Jamaluddin adalah bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau merupakan Ahli Parlimen Rembau sejak 2008.

Khairy pernah menceburi kerjaya dalam bidang perbankan dan perkhidmatan awam serta merupakan bekas Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Beliau kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kepada sebuah syarikat teknologi kewangan.

Beliau merupakan lulusan Sarjana dari University College London dan memegang Ijazah Sarjana Muda dari University of Oxford. Khairy juga pernah dilantik sebagai Felo di Pusat Pengajian Islam, Universiti Oxford.

Shahril Hamdan

Pengasas Bersama

Shahril Hamdan menyedari minatnya dalam bidang ekonomi dan falsafah sejak umur remaja apabila mula membaca karya dalam topik-topik tersebut di bangku sekolah dan kemudiannya di universiti di mana dia memperoleh ijazah sarjana muda dari University of Manchester dan ijazah sarjana dari London School of Economics.

Dalam kerjayanya, Shahril telah berpeluang menimba pengalaman dalam sektor politik, sektor swasta dan sektor sosial, yang bersama faktor-faktor lain juga membawa kepada suatu perspektif yang terangkum terhadap isu-isu pembinaan negara bangsa secara keseluruhannya.

Shahril pernah berkhidmat di sebuah firma juru runding antarabangsa, sebelum mengurus satu syarikat perkhidmatan minyak dan gas, selain juga pernah bekerja di sebuah NGO pendidikan. Ketika ini, Shahril berkerjaya dalam firma pelaburan dengan fokus dalam industri teknologi kewangan.

Dalam aktivisme parti politik, Shahril memegang jawatan selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia setelah berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat dan Ketua Penerangan.

Shahril merupakan peminat sukan bola sepak, kriket dan muzik.

Dr. Idlan Rabihah Zakaria

Ketua Pegawai Eksekutif

Idlan Rabihah Zakaria membawa pengalaman lebih sedekad dalam bidang akademik dan penyelidikan ke The Centre. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Perdagangan dari Lincoln University, New Zealand, Sarjana Perakaunan dan Kewangan dari University of Lancaster dan Ijazah Kedoktoran Perakaunan dan Kewangan juga dari University of Lancaster. Tesis beliau mengkaji isu perverse incentives dalam tadbir urus korporat. Selain dari tadbir urus korporat, Idlan juga berminat dengan isu mobiliti sosial dalam konteks pendidikan tinggi.

Setelah menamatkan pengajian PhD, Idlan bertugas di University of Essex sebagai pensyarah dalam bidang perakaunan. Beliau kini pensyarah kanan dalam bidang perakaunan kewangan di University of Birmingham dan dipinjamkan kepada The Centre sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Kegiatan masa lapang beliau berkisar sukan. Idlan memiliki Lesen Kejurulatihan Bola Sepak Tahap 1 dari FA England dan berminat untuk mengembangkan sukan bola sepak wanita di kalangan kanak-kanak dan anak muda.